HIJAU

HIJAU

Tuesday, April 17, 2018

HIJAU NASYEED 2018










Salam Ukhwah semua. Ahli Hijau Nasyeed mempunyai komitmen masing-masing tetapi kami semua dipertemukan melalui jemputan persembahan. Jika tiada aral yang melintang, kesemua kami akan memberikan komitmen untuk latihan dan sekiranya tidak berkesempatan, ahli yang tinggal akan terus bersama untuk latihan dan memberikan yang terbaik untuk persembahan. Hijau Nasyeed pernah mengadakan persembahan secara solo, duo, trio dan berempat. Kesempatan untuk muncul lengkap berlima agak sukar buat masa ini kerana seorang daripada kami iaitu Saudara Amir Ghazali berada di luar negara untuk meneruskan pengajian. Alhamdulillah, kami terus diberikan kesempatan sehingga kini atas satu minat dan cita-cita untuk melihat hiburan Islam semakin diterima masyarakat dan secara tidak langsung membari pengajaran dan nilai moral yang baik untuk semua. Nasyid semakin mendapat tempat di hati semua dan dalam genre nasyid sendiri terdapat kepelbagaian muzik seperti pop, balada, rock dan sebagainya. "Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah". Sedikit petikan daripada lagu Raihan, penuh makna dan mudah difahami. Semoga HIJAU nasyeed akan terus diberikan kesempatan untuk memperjuangkan wadah ini dan terus memberi manfaat kepada masyarakat. Ini antara 'Short Scene' Latihan dalam studio HIJAU, persembahan solo, duo dan trio daripada Hijau Nasyeed. 😄

Monday, January 1, 2018

Hijau @ 2017

Salam Pertemuan sahabat HIJAU NASYEED sekalian :)
Tahun 2017 melabuhkan tirainya...selamat datang 2018!!!
Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semakin erat dan utuh seperti Rasulullah dan para sahabat.
Semoga kita semua berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi, yang penting keberkatan rezeki dari Illahi :)
Sedikit Bingkisan Kenangan Sebagai Ingatan Kepada Sahabat HIJAU NASHEED, 'Throwback' sekitar persembahan HIJAU sepanjang 2017. Terima Kasih Atas Sokongan Semua Sahabat Dan Peminat :)





































Saturday, June 24, 2017